SELAMAT DATANG KE PELABURAN DANAFOREX
Menu Utama  
  PENGUMUMAN PENTING !!!
PENGUMUMAN PENTING !!!

PENGUMUMAN PENTING !!!

 

Salam dari Admin DanaForex,

 

Kepada semua ahli Danaforex, dukacita ingin dimaklumkan bahawa program pelaburan DanaForex ini terpaksa dihentikan dengan serta merta bermula bulan Mei ini. Berat untuk kami memaklumkan perkara ini tetapi setelah mengadakan perbincangan tergempar di antara group kami, kami memutuskan untuk menghentikan program pelaburan ini di atas sebab – sebab yang tertentu dan faktor keselamatan.

 

Sebarang pendaftaran ahli baru atau penambahan pelaburan juga tidak diterima lagi. Seperti yang dijanjikan, modal kesemua ahli adalah selamat dan akan dikembalikan sepenuhnya secara berperingkat bermula pertengahan bulan Mei ini.

 

Di antara sebab kami menghentikan program ini adalah kerana terdapatnya anasir atau pihak tertentu dari luar yang mempunyai niat yang tidak baik dan ingin melakukan sesuatu terhadap program DanaForex ini. Tidak perlu kami ceritakan apa yang sedang dan akan berlaku tetapi kami memikirkan risiko atau kesan buruk yang akan terjadi sekiranya kami meneruskan juga program ini. Sebagai langkah yang paling selamat, kami memutuskan untuk menghentikan serta merta program ini.

 

Menjadi harapan kami agar kesemua ahli DanaForex dapat memahami situasi ini. Apa yang kami lakukan ini adalah untuk tidak mahu menjejaskan modal kesemua ahli kerana itulah janji yang kami berikan sebelum ini. Niat kami ikhlas untuk membantu serta berkongsi keuntungan bersama para ahli tetapi setelah berlakunya perkara seperti ini, maka kami fikir mungkin inilah jalan penyelesaian terbaik yang terpaksa kami lakukan.

 

Untuk makluman kesemua ahli, oleh kerana jumlah modal terkumpul para ahli agak besar, maka kami memerlukan sedikit masa untuk melakukan proses pemulangan modal. Pengeluaran modal dari broker kami juga adalah terhad dan memerlukan sedikit masa untuk membuat proses pengeluaran. Di sini kami memberikan tarikh pemulangan modal (terus ke akaun bank ahli) seperti berikut :

 

Jumlah modal dari RM100          RM900      -    14/05/08 (100%)

 

 

Jumlah modal dari RM1000       RM4900      -    14/05/08 (50%)

                                                                 18/06/08 (50%)

 

 

Jumlah modal dari RM5000      RM50,000     -    14/05/08 (40%)

                                                                 18/06/08 (30%)

                                                                 16/07/08 (30%)

 

 

Contoh :

 

- Sekiranya modal ahli adalah sebanyak RM500 maka pemulangan modal akan dilakukan sepenuhnya iaitu RM500 (100%) pada 14/05/08.

 

- Sekiranya modal ahli adalah sebanyak RM3000 maka pemulangan modal akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu RM1500 (50%) pada 14/05/08 dan baki RM1500 (50%) pada 18/06/08.

 

- Sekiranya modal ahli adalah sebanyak RM10,000 maka pemulangan modal akan dilakukan sebanyak 3 kali iaitu RM4000 (40%) pada 14/05/08, RM3000 (30%) pada 18/06/08 dan baki RM3000 (30%) pada 16/07/08.

 

*makluman pemulangan modal juga akan dihantar melalui sms dan email.

 

 

Setelah hampir setahun program ini berjalan dengan lancar tetapi akhirnya terpaksa dihentikan. Perkara yang terjadi ini mungkin ada hikmah di sebaliknya, mungkin Tuhan telah menggerakkan hati kami untuk bertindak dengan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku nanti.

 

Ribuan ampun dan maaf dari kami di atas segala apa yang telah berlaku. Diharap apa yang berlaku akan menjadi pengajaran bagi kami. Terima kasih di atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberi. Mungkin sampai di sini sahaja bantuan yang mampu kami beri. Masih banyak lagi sumber pendapatan di luar sana kerana rezeki Tuhan itu terlalu luas dan tidak terbatas. Hanya kita yang perlu berusaha untuk mencarinya. Wassalam…….

 

 

Ikhlas dari,

 

-Admin DanaForex-


Pengumuman Penting!!!  
 
 
Today, there have been 1 visitors (1 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free